Sejarah penubuhan Parti_Kesejahteraan_Insan_Tanah_Air

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)[1] ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditubuhkan pada 1995. Parti KITA pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2011, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu. Pelancaran Parti KITA diadakan pada 19 Januari 2011.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO (Barisan Nasional) dan PKR (Pakatan Rakyat), dilantik sebagai Presiden baru parti ini (kemudiannya dipanggil "Ketua Parti") dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA)[2] dan dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Ketua Parti barunya di Kuala Lumpur.[3][4]

Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua parti KITA pada 2012.[5]